Sunday, July 10, 2011

JANGAN TERIMA SAHAJA APA YANG ORANG CAKAP!!SILA SELIDIK TERLEBIH DAHULU!!JANGAN JADI BODOH LAH BODOH!!

Puas aku fikir macammana nak mulakan ayat. Mula2 aku try nak guna ayat skema, las2 aku padam balik aku tulis balik. Susah kalau guna ayat skema, susah nak dapat idea, kalau guna ayat biasa laju je boleh taip, sampai banyak typo...haha

9 Julai 2011, berlakulah satu perhimpunan anjuran seorang peguam, Datuk S. Ambiga, yang pernah dikaitkan dengan tuntutan ingin mengubah perlembagaan dengan memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bebas memilih agama setelah berumur 18 tahun, dia juga pernah dikaitkan dengan kes murtad Lina Joy. Aku malas nak tulis banyak2 pasal dia nih, kalau korang rajin korang cari sendiri sebab aku nak cerita pasal BERSIH je..hehe

 Kita cerita daripada awal ye kenapa perhimpunan ni diadakan. Pada yang dah tau tuh duduk senyap2 suda, jangan bising2, aku nak bagitahu pada yang tak tahu je...Berikut merupakan 8 tuntutan BERSIH 2.0...

1.       Bersihkan senarai undi(ada orang dakwa umur 100 lebih pon stil boleh undi, kalau 10-20 orang boleh la percaya, kalau da dekat 100 orang??)
2.       Mereformasikan undi pos(dalam surat khabar pembangkang kalau tak silap, ada pesara tentera dakwa pernah ‘tolong’ kawan2 mengundi, betul tak betul aku tak tahu)
3.       Gunakan dakwat kekal
4.       Akses media bebas dan adil(kalau perhatikan media sekarang nih banyak pancing kerajaan je, lepas tu hentam pembangkang, orang cakap lain dia tulis lain..haih...wartawan-wartawan........)
5.       Masa berkempen minima 21 hari(SPR tak benarkan berkempen lama2 sebab takut berlaku pergaduhan, maklumlah kalau dah berkempen tu mesti ada provoke memprovoke, fitnah memfitnah, takut peristiwa 16 Mei berlaku kembali)
6.       Kukuhkan institusi awam
7.       Hentikan rasuah
8.       Hentikan politik kotor

Tuntutan-tuntutan tuh kalau Korang baca betul2 takde cakap pon nak gulingkan kerajaan, atau nak wujudkan negara komunis, so, dari mana datangnya ura-ura akan berlaku darurat?nak buat demonstrasi macam negara2 Asia Barat buat?nak gulingkan kerajaan  dan segala macam tuh???hahaha..aku pon tak tahu dari mana datangnya ura-ura tuh, maybe sebab aritu polis ada jumpa bom koktail dengan parang dekat belakang tokong kot...eh..tokong???bukan kuil ke??hahaha..i don know...dalam paper da cakap tokong, tokong r, aku baca paper KOSMO,UTUSAN,BERITA HARIAN je.....

Dalam tempoh seminggu sebelum perhimpunan nih berlaku, macam2 sekatan jalan raya ada...sampaikan dekat Subang pun ade roadblock, nak pergi kerja pun susah, pergi kena tahan, balik kerja pon kena tahan, kalau biasa pergi kerja ambil masa setengah jam, sebab roadblock sampai dekat satu jam, kalau nak terberak, terkucil, naseb r...hahaha..

Pada pendapat aku kerajaan dah kalah dalam menangani isu nih, diorang sepatutnya biarkan je mereka2 nih nak buat perhimpunan, tapi polis still berjaga2, berkawal, make sure tak tercetus keganasan, tapi belum apa2 dah halang perhimpunan nih dari berlaku. Kenapa nak halang??bukan dalam perlembagaan Artikel 10(1) ada bagi permission untuk orang berhimpun ke??bukan YDPA da bagi perkenan??bukan hari tu cakap boleh buat perhimpunan dekat stadium ke??bagi aku masa nih la kerajaan tunjukkan kepada rakyat tentang kebebasan bersuara, kalau tercetusnya keganasan, masa tu baru lah rakyat sedar siapa duri dalam daging, siapa yang suka buat perhimpunan dan segala reformasi nih,apa kesan kalau perhimpunan nih dibiarkan,lepas tu maybe sokongan kepada kerajaan akan meningkat dan sokongan kepada pembangkang akan berkurang....maybe jee la...eh..cakap tak ada kena mengena dengan politik???tuntutannye aje yang takde kena mengena dengan politik, tapi yang bagi sokongan buat benda nih orang politik gak..siapa orang tuh??lupikirlah sendiri..

Paling kelakar adalah pulak mamat tu nak buat perhimpunan pada hari yang sama, lepas tuh nak pakai baju kaler merah pulak, dah nak jadi macam Thailand lah pulak ada kumpulan baju Kuning dan baju Merah, ibarat Hotlink lawan Digi...adoi...jangan bikin havoc lah, pilih la hari lain buat perhimpunan, elok2 takde gaduh2 lepas tuh nanti terjadi plak pergaduhan, almaklumlah kalau orang tu da provoke orang nih, orang nih da provoke orang tuh....tapi ALHAMDULILLAH di atas ketangkasan polis dan hidayat dari ALLAH tak ramai yang join benda nih dan tak berlaku keganasan yang teruk...

Perhimpunan nih berjaya menyatukan belbagai bangsa walaupun tak ramai bangsa lain selain dari bangsa Melayu yang join, tapi ada juga bangsa lain yang join. Walaupun tak berlaku keganasan yang teruk tapi ramai yang cedera dan seorang meninggal dunia. INNALILLAH HI WAINNALILLAHHIRRAJI’UN...em..dalam paper cakap meninggal sebab sesak nafas sebab sesak ramai orang, tapi aku ronda-ronda dekat blog diorang cakap sebab sesak nafas time lari dari kena sembur dengan pemedih mata, astagha, sedih betul aku sampai jadi macam nih, kesian pakcik tu....mari kita sedekahkan Al-Fatehah kepada dia..AL-Fatehah......

Kesimpulannya, aku sokong tuntutan BERSIH, tapi aku kurang sokong perhimpunan-perhimpunan macam nih, perhimpunan macam nih banyak berlaku time dulu2 je, sebelum orang tu masuk penjara, bila dia dah keluar perhimpunan macam nih mula berlaku balik...rimas aku...bagi aku, daripada tuntut benda2 macam nih, baik tuntut diharamkan judi, arak, kelab malam, dan segala macam virus yang merosakkan anak muda Malaysia nih(parti kaler hijau tu takde pulak nak buat perhimpunan tuntut benda macam nih, takkan nak tunggu Ambiga buat kot??tapi BERSIH nih rajin pulak dia sokong)em...tak payah buat hospital tempat buang anak, buat pendidikan seks, sekolah harapan kalau undang2 sendiri tak ketat. Sebarkan video lucah,zina bersekedudukan kena bayar 2-3 ribu je, guna PTPTN, JPA, MARA pun boleh bayar, kadang2 aku terfikir, bolehkah dosa kita ditebus dengan wang ringgit??eh..dah macam zaman kegelapan Eropah lak time gereja jual surat pengampunan....one last question from me, KENAPA TAK DITANGKAP ORANG YANG SOROK PARANG DAN BOM KOKTAIL TU??or semua tu dibuat someone untuk menakutkan orang ramai??sekian...

p/s: aku akan terus bersabar dengan kerajaan sedia ada....nih semua pendapat aku je, correct me if im wrong:)

Thursday, May 19, 2011

KFC tak ikut SOP???

First of all sape2 yg baca blog nih kna tau dlu ape tuh SOP...ape tuh SOP??SOP bahasa panjangnya bermaksud 'Standard Operating Procedure', bahasa melayunye bermaksud, 'Prosedur Operasi Standard'(haha..mandai2 je aku)...sape yang buat SOP nih??SOP nih di buat oleh orang-orang yang dilantik oleh syarikat tuh, so, setiap syarikat mempunyai SOP yang berbeza, tetapi berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan kerajaan....

Baru-baru nih aku adalah jalan2 kat 'buku muka', ada orang komplen pasal KFC tak ikut standard yang sepatutnya. Komen bukan main pandai lagi si tukang2 komen tuh, suruh budak yang jadi cook KFC dalam video(tekan sini kalau nak tengok)tuh pakai sarung tangan larh, tempat breeding ayam tak tutup larh, tak ikut SOP larh...tak usul periksa komplen tak tentu pasal, kalau betul kau nak komplen apesal kau tak pergi dekat Suruhanjaya Pengguna saman KFC pasal benda nih....

Aku bukan nak backup KFC, tp aku taknak lah perasaan bersangka buruk berleluasa, lama2 boleh jadi fitnah, bukankah kita patut memberitahu sesuatu kebenaran tuh walaupun pahit???cewah...ayat nak bes je aku nih...aku pernah kerja dekat KFC, aku pernah jadi pelayan, backup, dengan cook, so, aku tau larh sikit2 pasal prosedur2 dekat KFC nih...

First skali dekat video dalam Youtube tuh, budak2 nih komplen pasal tak ikut SOP, sori larh kawan2, SOP lain2 bro setiap restoran, kalau sebelum nih kau pernah kerja kat restoran lain, dia pakai sarung tangan nak breeding ayam, tapi dekat KFC memang tak pakai sarung tangan, BUT sebelum breeding ayam tuh kitowg kena pastikan tangan kitorang bersih, kitorang pastikan tangan kitorang dicuci dengan sabun anti bakteria lagi tau!!kalau dekat restoran mamak tuh dorang tak pakai sarung tangan pun uli tepung roti canai tuh, ade sape2 komplen???las2 tengok bola makan jugak air tangan, jari dan kuku mamak tuh, tu pon tak konfem mamak tuh betul2 islam ke hape....rambut pun kitorang tutup dengan topi tau taknak bagi rambut masuk dalam makanan..restoran mamak ade tutup rambut???ade sebuah restoran mamak nih dekat seksyen7, time solat jumaat semua menyorok dalam restoran,tutup restoran, bila da abiz time sembahyang bukak balik restoran, berlakon macam tak ade pape....islam ke macam tuh??(bukan sekali, banyak kali)

Second, budak2 nih komplen pasal tempat breeding ayam tak tutup...weyh bro, gila ke ape kau???kalau tutup tempat breeding ayam tuh camner kau nak breeding ayam????pikir logik larh bro!!restoran mamak bahan2 dan ramuan2 masakan tak tutup pun aku tengok, takde pulak sape2 komplen???

Third, dorang ragu2 dengan tepung yang KFC guna tuh...kalau korang ragu2 jangan lah makan..senang...BTW, aku pun tak tahu ape secret recipe yang dia gunakan tuk buat tepung tuh, tau2 je da siap dalam kotak, kitorang guna je tepung tuh nak breeding ayam...yang pasti dekat kotak tepung tuh ade logo HALAL DARI JAKIM!!so, pikir2lah sendiri nak cakap benda tu haram halal, siap boleh cakap hati gelap makan KFC..ape da...bhai, hidayah milik ALLAH, Dia bagi pada sape yang Dia nak, selagi tak makan benda haram, tengok benda2 haram, atau buat benda2 haram, insyaallah ALLAH akan bagi hidayah...waallahualam...

glosary>>breeding ayam-sadurkan ayam dengan tepung(kan da blajar benda baru kawan2)

p/s:aku bukan alim ulama...b.t.w sape2 yang ade link video ayam kena torture tu bagi kat aku...nak tengok...yang pasti aku tau tu bukan dekat malaysia..


Wednesday, May 18, 2011

Stadium Baru Untuk Kelantan!!

Tidak sampai seminggu penyokong bola sepak Kelantan meraikan kejayaan pasukan mereka layak ke final piala FA, kini mereka boleh bergembira dengan keputusan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium baru yang dianggarkan kira-kira bernilai RM159 juta. Stadium baru tersebut bakal di bina di Pasir Puteh dan dijangka mampu memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton. Tuan Guru Nik Aziz dipetik berkata, "Stadium yang bakal di bina diharapkan dapat di bina masjid-masjid di setiap sudut stadium agar para penonton dan hadirin dapat solat secara berjemaah". Stadium tersebut juga bukan sahaja untuk kegunaan sukan bola sepak, tetapi akan terdapat kemudahan-kemudahan lain.



p/s:Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana walaupun terdapat perbezaan politik antara Presiden KAFA dan kerajaan negeri, tetapi ia tidak menghalang pembangunan sukan dijalankan di negeri tersebut. Sekiranya stadium ini dapat dilaksanakan, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz,penulis percaya, stadium ini akan menjadi stadium yang mempunyai tempat solat paling besar....insyaallah:)

Monday, May 16, 2011

Sape suke berlari????meh ler baca....

Cuti-cuti sem nih banyak lak acara marathon dekat Malaysia nih. Nih aku ade r listkan beberapa acara marathon tuk sape2 yang berminat tuh....


1.Paling aku berminat dekat Putrajaya, 'Standard Chartered Fun Run 5km' sempena Hari Belia...
Semua free beb, tapi 5 ribu orang je dia nak, 28th May 2011..selebriti pon ade, so, pada wanita2 yg minat jumpe selebriti tu bley r join..hehe
Close registration date 21st May 2011..tarikh lari 28th May 2011..registration form download kat sini>>tekan saya!!!

2.Sape nak masuk sunway lagoon free????ha..kowg bley join benda nih, 'Roasters Chicken Run 2011', tp nak join benda nih kena byar RM52 untuk 13 tahun ke atas, RM47 untuk 12 tahun ke bawah...hahaha..lukenabeb!!kalau korang join benda nih, kire korang boleh masuk sunway lagoon free lah, kire registration fee tu termasuk dengan tiket masuk sunway lagoon....
last registration 18th May 2011, benda nih start 22nd May 2011..for more info>>tekan saya!!yeay!!

3.Yang nih dekat Shah Alam plak, Taman Pertanian Shah Alam,'Rexona Men Challenge'...pro kena lari 8km, amatur kena lari 6km..
Tarikh stat lari 23rd July 2011,registration fee RM30..registration form>>tekan saya juga!!!!

AKU KECEWA!!!!!

Sori larh pada penyokong-penyokong Selangor(termasuk pada diri aku sendiri) sebab Kelantan mengiringi pasukan Terengganu pergi ke final piala FA. Memang dah boleh agak dah Kelantan yang akan pergi ke final. 1st leg ari tuh memang aku tak puas hati giler, macam mana Selangor boleh kalah dekat tempat sendiri?? Tak payah nak jadikan alasan penyokong kurang!!Ape sepuluh ribu orang x cukop ke????Aku tau penyokong kelantan lagi ramai, tapi at least kalau nak kalah pon tak payah lah kalah sampai 5-1, kalu ye pon kalah r bermaruah sikit.Aku tengok defend Selangor cam haram, keeper pon aku tak taulah nak describe macam mana, tangkap tak kemas. Ade pape ke defend selangor nih????Nih yang buat aku ragu2 dengan pasukan Selangor nih.

Result 2nd leg dekat Kota Bharu, 1-1. First goal dari kelantan, Shakir Shaari. Untuk pasukan Selangor, Rudi Ramli score. Overall agregat 6-2. Pasnih Kelantan lawan dengan Terengganu. Gud Luck r dua2 pasukan tuh....:)

p/s: musim depan aku konfem k devan guna player import jd penyerang, sape nak bet???

Saturday, April 23, 2011

Sape suke nasi lemak meh baca, yang tak suke pon meh baca!!!

Baru-baru nih kecoh pasal nasi lemak tidak dibenarkan di jual di kantin-kantin sekolah kecuali pada hari Jumaat sahaja. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ape punye manusia lah tetiba je nak haramkan penjualan nasi lemak dekat sekolah?Dan yang paling menghairankan kenapa mesti nasi lemak?Kenapa bukan nugget atau bebola ikan yang ada dekat sekolah tu?takkan lah pasal nasi lemak tu nama dia ‘lemak’?hahaha....aku rasa Tiong Lai nih kalau masuk Maharaja Lawak konfem boleh menang, boleh menang kalahkan Amir je lah...

Untuk pengetahuan korang, nugget, bebola ikan dan sebagainya juga merupakan antara punca obesiti. Makanan segera dan makanan ringan seperti McD, KFC, Twisties dan sebagainya merupakan contoh makanan lain yang tidak sihat. Kandungan nutrisi dalam nugget dan sebagainya ini amat rendah, sebaliknya memiliki kandungan kalori yang tinggi. Nak tahu ape tuh kalori??kalori nih macam tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melakukan aktiviti. Macam kereta perlukan minyak untuk bergerak. Memang lah bagus kalau kandungan kalori tu tinggi dalam makanan, sebab boleh banyak melakukan aktiviti, tapi macam mana kalau kalori dalam tubuh kita banyak tapi aktiviti yang dilakukan sedikit, pada masa yang sama kita terus mengambil makanan dengan jumlah kalori yang banyak?Kesannya sama seperti kita isi minyak dengan jumlah yang banyak dalam tangki kereta, pada masa yang sama kita jarang memandu kereta, tetapi tiap-tiap hari kita isi minyak, mesti tangki minyak jadi penuh, betul tak?Boleh rosak kereta kalau macam tu....

Bagi aku keputusan kerajaan nih terlalu terburu-buru. Maybe, sebab terkejut Malaysia menduduki tangga ke enam masalah obesiti dalam ranking dunia kot. Cepat betul kerajaan nih melatah. Serta-merta diharamkannya penjualan nasi lemak di kantin sekolah kecuali pada hari Jumaat.

Kenapa kerajaan mesti melatah?Kenapa tidak dikaji dahulu punca-punca obesiti baru dibuat keputusan? Tindakan kerajaan yang sesuka hati buat peraturan tanpa perbincangan dengan pihak peniaga kantin sekolah seolah-seolah menunjukkan seperti Malaysia nih mengamalkan sistem pemerintahan komunis. Bukan nak samakan kerajaan dengan komunis, tapi cara keputusan tu dibuat. Kesian makcik-makcik kantin yang jual nasi lemak tu fikir nak jual ape lepas nih...

Kerajaan tak sepatutnya mengharamkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah, sepatutnya kerajaan kena mendidik masyarakat agar pandai memilih makanan yang sihat dan tidak sihat. Kalau rokok dia boleh letak gambar janin dan orang kena kanser, kenapa dekat plastik makanan ringan dan iklan-iklan makanan segera tidak diletakkan gambar orang kena obesity, diabetes dan penyakit-penyakit lain yang berpunca dari obesity?

Punca obesiti bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan makanan, tetapi juga gaya hidup yang kurang bersenam dalam masyarakat kita. Tak guna kalau gaya pemakanan kita kawal tapi still kurang bersenam. Macam orang yang tengah nak kuruskan badan, tak guna dia tahan makan berhari-hari tapi tak pernah nak bersenam, macam mana nak bakar lemak kalau malas bersenam. Obesiti boleh juga berpunca daripada keturunan. Kalau dah keturunan dia gemuk-gemuk, badan sihat-sihat, nak buat macam mana. Tapi kena ingat usaha tu penting.

Monday, April 11, 2011

Lotus Racing Team kalahkan Ferrari

Buat kali kedua berturut2 lotus racing team berjaya mengekalkan kedudukan ketiga di litar GP Sepang...
really proud although its only third place...
congrates to Nick Heidfield and also Tony Fernandes...
b.t.w, bnda yg plig membanggakan aku sebab Lotus dapat kalahkan Ferrari!!