Wednesday, May 18, 2011

Stadium Baru Untuk Kelantan!!

Tidak sampai seminggu penyokong bola sepak Kelantan meraikan kejayaan pasukan mereka layak ke final piala FA, kini mereka boleh bergembira dengan keputusan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium baru yang dianggarkan kira-kira bernilai RM159 juta. Stadium baru tersebut bakal di bina di Pasir Puteh dan dijangka mampu memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton. Tuan Guru Nik Aziz dipetik berkata, "Stadium yang bakal di bina diharapkan dapat di bina masjid-masjid di setiap sudut stadium agar para penonton dan hadirin dapat solat secara berjemaah". Stadium tersebut juga bukan sahaja untuk kegunaan sukan bola sepak, tetapi akan terdapat kemudahan-kemudahan lain.



p/s:Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana walaupun terdapat perbezaan politik antara Presiden KAFA dan kerajaan negeri, tetapi ia tidak menghalang pembangunan sukan dijalankan di negeri tersebut. Sekiranya stadium ini dapat dilaksanakan, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz,penulis percaya, stadium ini akan menjadi stadium yang mempunyai tempat solat paling besar....insyaallah:)

No comments:

Post a Comment