Baru-baru nih kecoh pasal nasi lemak tidak dibenarkan di jual di kantin-kantin sekolah kecuali pada hari Jumaat sahaja. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ape punye manusia lah tetiba je nak haramkan penjualan nasi lemak dekat sekolah?Dan yang paling menghairankan kenapa mesti nasi lemak?Kenapa bukan nugget atau bebola ikan yang ada dekat sekolah tu?takkan lah pasal nasi lemak tu nama dia ‘lemak’?hahaha....aku rasa Tiong Lai nih kalau masuk Maharaja Lawak konfem boleh menang, boleh menang kalahkan Amir je lah...
Untuk pengetahuan korang, nugget, bebola ikan dan sebagainya juga merupakan antara punca obesiti. Makanan segera dan makanan ringan seperti McD, KFC, Twisties dan sebagainya merupakan contoh makanan lain yang tidak sihat. Kandungan nutrisi dalam nugget dan sebagainya ini amat rendah, sebaliknya memiliki kandungan kalori yang tinggi. Nak tahu ape tuh kalori??kalori nih macam tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melakukan aktiviti. Macam kereta perlukan minyak untuk bergerak. Memang lah bagus kalau kandungan kalori tu tinggi dalam makanan, sebab boleh banyak melakukan aktiviti, tapi macam mana kalau kalori dalam tubuh kita banyak tapi aktiviti yang dilakukan sedikit, pada masa yang sama kita terus mengambil makanan dengan jumlah kalori yang banyak?Kesannya sama seperti kita isi minyak dengan jumlah yang banyak dalam tangki kereta, pada masa yang sama kita jarang memandu kereta, tetapi tiap-tiap hari kita isi minyak, mesti tangki minyak jadi penuh, betul tak?Boleh rosak kereta kalau macam tu....
Bagi aku keputusan kerajaan nih terlalu terburu-buru. Maybe, sebab terkejut Malaysia menduduki tangga ke enam masalah obesiti dalam ranking dunia kot. Cepat betul kerajaan nih melatah. Serta-merta diharamkannya penjualan nasi lemak di kantin sekolah kecuali pada hari Jumaat.
Kenapa kerajaan mesti melatah?Kenapa tidak dikaji dahulu punca-punca obesiti baru dibuat keputusan? Tindakan kerajaan yang sesuka hati buat peraturan tanpa perbincangan dengan pihak peniaga kantin sekolah seolah-seolah menunjukkan seperti Malaysia nih mengamalkan sistem pemerintahan komunis. Bukan nak samakan kerajaan dengan komunis, tapi cara keputusan tu dibuat. Kesian makcik-makcik kantin yang jual nasi lemak tu fikir nak jual ape lepas nih...
Kerajaan tak sepatutnya mengharamkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah, sepatutnya kerajaan kena mendidik masyarakat agar pandai memilih makanan yang sihat dan tidak sihat. Kalau rokok dia boleh letak gambar janin dan orang kena kanser, kenapa dekat plastik makanan ringan dan iklan-iklan makanan segera tidak diletakkan gambar orang kena obesity, diabetes dan penyakit-penyakit lain yang berpunca dari obesity?
Punca obesiti bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan makanan, tetapi juga gaya hidup yang kurang bersenam dalam masyarakat kita. Tak guna kalau gaya pemakanan kita kawal tapi still kurang bersenam. Macam orang yang tengah nak kuruskan badan, tak guna dia tahan makan berhari-hari tapi tak pernah nak bersenam, macam mana nak bakar lemak kalau malas bersenam. Obesiti boleh juga berpunca daripada keturunan. Kalau dah keturunan dia gemuk-gemuk, badan sihat-sihat, nak buat macam mana. Tapi kena ingat usaha tu penting.