Puas aku fikir macammana nak mulakan ayat. Mula2 aku try nak guna ayat skema, las2 aku padam balik aku tulis balik. Susah kalau guna ayat skema, susah nak dapat idea, kalau guna ayat biasa laju je boleh taip, sampai banyak typo...haha
9 Julai 2011, berlakulah satu perhimpunan anjuran seorang peguam, Datuk S. Ambiga, yang pernah dikaitkan dengan tuntutan ingin mengubah perlembagaan dengan memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bebas memilih agama setelah berumur 18 tahun, dia juga pernah dikaitkan dengan kes murtad Lina Joy. Aku malas nak tulis banyak2 pasal dia nih, kalau korang rajin korang cari sendiri sebab aku nak cerita pasal BERSIH je..hehe
Kita cerita daripada awal ye kenapa perhimpunan ni diadakan. Pada yang dah tau tuh duduk senyap2 suda, jangan bising2, aku nak bagitahu pada yang tak tahu je...Berikut merupakan 8 tuntutan BERSIH 2.0...
1. Bersihkan senarai undi(ada orang dakwa umur 100 lebih pon stil boleh undi, kalau 10-20 orang boleh la percaya, kalau da dekat 100 orang??)
2. Mereformasikan undi pos(dalam surat khabar pembangkang kalau tak silap, ada pesara tentera dakwa pernah ‘tolong’ kawan2 mengundi, betul tak betul aku tak tahu)
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil(kalau perhatikan media sekarang nih banyak pancing kerajaan je, lepas tu hentam pembangkang, orang cakap lain dia tulis lain..haih...wartawan-wartawan........)
5. Masa berkempen minima 21 hari(SPR tak benarkan berkempen lama2 sebab takut berlaku pergaduhan, maklumlah kalau dah berkempen tu mesti ada provoke memprovoke, fitnah memfitnah, takut peristiwa 16 Mei berlaku kembali)
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Tuntutan-tuntutan tuh kalau Korang baca betul2 takde cakap pon nak gulingkan kerajaan, atau nak wujudkan negara komunis, so, dari mana datangnya ura-ura akan berlaku darurat?nak buat demonstrasi macam negara2 Asia Barat buat?nak gulingkan kerajaan dan segala macam tuh???hahaha..aku pon tak tahu dari mana datangnya ura-ura tuh, maybe sebab aritu polis ada jumpa bom koktail dengan parang dekat belakang tokong kot...eh..tokong???bukan kuil ke??hahaha..i don know...dalam paper da cakap tokong, tokong r, aku baca paper KOSMO,UTUSAN,BERITA HARIAN je.....
Dalam tempoh seminggu sebelum perhimpunan nih berlaku, macam2 sekatan jalan raya ada...sampaikan dekat Subang pun ade roadblock, nak pergi kerja pun susah, pergi kena tahan, balik kerja pon kena tahan, kalau biasa pergi kerja ambil masa setengah jam, sebab roadblock sampai dekat satu jam, kalau nak terberak, terkucil, naseb r...hahaha..
Pada pendapat aku kerajaan dah kalah dalam menangani isu nih, diorang sepatutnya biarkan je mereka2 nih nak buat perhimpunan, tapi polis still berjaga2, berkawal, make sure tak tercetus keganasan, tapi belum apa2 dah halang perhimpunan nih dari berlaku. Kenapa nak halang??bukan dalam perlembagaan Artikel 10(1) ada bagi permission untuk orang berhimpun ke??bukan YDPA da bagi perkenan??bukan hari tu cakap boleh buat perhimpunan dekat stadium ke??bagi aku masa nih la kerajaan tunjukkan kepada rakyat tentang kebebasan bersuara, kalau tercetusnya keganasan, masa tu baru lah rakyat sedar siapa duri dalam daging, siapa yang suka buat perhimpunan dan segala reformasi nih,apa kesan kalau perhimpunan nih dibiarkan,lepas tu maybe sokongan kepada kerajaan akan meningkat dan sokongan kepada pembangkang akan berkurang....maybe jee la...eh..cakap tak ada kena mengena dengan politik???tuntutannye aje yang takde kena mengena dengan politik, tapi yang bagi sokongan buat benda nih orang politik gak..siapa orang tuh??lupikirlah sendiri..
Paling kelakar adalah pulak mamat tu nak buat perhimpunan pada hari yang sama, lepas tuh nak pakai baju kaler merah pulak, dah nak jadi macam Thailand lah pulak ada kumpulan baju Kuning dan baju Merah, ibarat Hotlink lawan Digi...adoi...jangan bikin havoc lah, pilih la hari lain buat perhimpunan, elok2 takde gaduh2 lepas tuh nanti terjadi plak pergaduhan, almaklumlah kalau orang tu da provoke orang nih, orang nih da provoke orang tuh....tapi ALHAMDULILLAH di atas ketangkasan polis dan hidayat dari ALLAH tak ramai yang join benda nih dan tak berlaku keganasan yang teruk...
Perhimpunan nih berjaya menyatukan belbagai bangsa walaupun tak ramai bangsa lain selain dari bangsa Melayu yang join, tapi ada juga bangsa lain yang join. Walaupun tak berlaku keganasan yang teruk tapi ramai yang cedera dan seorang meninggal dunia. INNALILLAH HI WAINNALILLAHHIRRAJI’UN...em..dalam paper cakap meninggal sebab sesak nafas sebab sesak ramai orang, tapi aku ronda-ronda dekat blog diorang cakap sebab sesak nafas time lari dari kena sembur dengan pemedih mata, astagha, sedih betul aku sampai jadi macam nih, kesian pakcik tu....mari kita sedekahkan Al-Fatehah kepada dia..AL-Fatehah......
Kesimpulannya, aku sokong tuntutan BERSIH, tapi aku kurang sokong perhimpunan-perhimpunan macam nih, perhimpunan macam nih banyak berlaku time dulu2 je, sebelum orang tu masuk penjara, bila dia dah keluar perhimpunan macam nih mula berlaku balik...rimas aku...bagi aku, daripada tuntut benda2 macam nih, baik tuntut diharamkan judi, arak, kelab malam, dan segala macam virus yang merosakkan anak muda Malaysia nih(parti kaler hijau tu takde pulak nak buat perhimpunan tuntut benda macam nih, takkan nak tunggu Ambiga buat kot??tapi BERSIH nih rajin pulak dia sokong)em...tak payah buat hospital tempat buang anak, buat pendidikan seks, sekolah harapan kalau undang2 sendiri tak ketat. Sebarkan video lucah,zina bersekedudukan kena bayar 2-3 ribu je, guna PTPTN, JPA, MARA pun boleh bayar, kadang2 aku terfikir, bolehkah dosa kita ditebus dengan wang ringgit??eh..dah macam zaman kegelapan Eropah lak time gereja jual surat pengampunan....one last question from me, KENAPA TAK DITANGKAP ORANG YANG SOROK PARANG DAN BOM KOKTAIL TU??or semua tu dibuat someone untuk menakutkan orang ramai??sekian...
p/s: aku akan terus bersabar dengan kerajaan sedia ada....nih semua pendapat aku je, correct me if im wrong:)