Monday, January 30, 2012

Kenapa mereka berjaya????

KENAPA JEPUN BOLEH MAJU WALAUPUN MENGGUNAKAN BAHASA JEPUN DALAM SISTEM PENDIDIKAN??

KENAPA KOREA SELATAN BOLH MAJU WALAUPUN GUNA BAHASA KOREA DALAM SISTEM PENDIDIKAN??

KENAPA JERMAN BOLEH MAJU WALAUPUN GUNA BAHASA JERMAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN??

Dulu aku rasa betul juga langkah Tun Dr. Mahathir ni laksanakan PPSMI..memang tak rugi aku jadi rakyat Malaysia. Tapi bila umur dah meningkat tua camnih, bila aku dah mengenali internet, pengetahuan sudah lebih sedikit berbanding dahulu, aku mula bertanyakan soalan2 di atas pada diri aku...

KENAPA NEGARA2 DI ATAS BOLEH MAJU WALAUPUN MENGGUNAKAN BAHASA MASING2 DALAM SISTEM PENDIDIKAN MEREKA????KENAPA??KENAPA???

aku pernah terbaca suatu ketika dahulu bahawa PPSMI dilaksanakan sebagai satu langkah ke arah wawasan 2020, bagi membolehkan satu integrasi antara kaum dapat dilakukan tanpa terdapat batasan bahasa antara kaum, tapi benarkah langkah ini merupakan langkah yang terbaik??Aku tengok da dekat 10 tahun PPSMI dilaksanakan takde ape2 perubahan pon..mujurlah Tan Sri Muhyidin Yasin melaksanakan langkah memansuhkan PPSMI...tapi satu persoalan lain mula timbul dalam fikiran aku...

BAGAIMANA DENGAN LANGKAH KERAJAAN KE ARAH MENCAPAI WAWASAN 2020 BAGI MENINGKATKAN PERPADUAN KAUM??

Pada pendapat aku adalah lebih baik sekiranya seluruh rakyat Malaysia di ajar bahasa ibunda tiga kaum utama negara ini iaitu bahasa Tamil, Mandarin dan Malaysia. Kenapa aku cakap macam tu??Berikut merupakan hujah aku>>>>

1. Dengan mempelajari bahasa ibunda kaum lain bukankah kita akan dapat berkomunikasi dengan mereka tanpa dipinggirkan...dulu time kat sekolah dulu aku ada je kawan dengan India, tapi yang x bestnye bile dowang jumpe kawan2 India dowang, dowang mule bercakap dalam bahasa Tamil, macam mane aku nak borak dengan dowang kalau aku tak faham sepatah haram apa yang dowang cakap???

2  Ingat tak peristiwa 13 Mei dimana amaran dalam panggung wayang disiarkan dalam bahasa mandarin, tetapi orang Melayu sikit pun tak tahu, semuanya sebab mereka tak tahu tulisan Mandarin..kalau mereka tahu tulisan Mandarin adakah peristiwa tu akan berlaku??

3.. Dengan faham bahasa lain, aku yakin kita boleh beli apa sahaja jenis surat khabar yang kita mahu baca, Nanyang Siang Pau, Tamil Ilam dan banyak lagi kita boleh baca, komen dan kritik. Kita boleh tahu masalah kaum lain, pandangan kaum lain terhadap kita dan macam2 lagi kalau kita boleh baca surat khabar mereka. Justeru dapat merapatkan jurang perbezaan kaum di negara kita..;)

 Akhir kata, aku harap satu masa nanti Malaysia akan melaksanakan langkah mewajibkan semua oraang belajar bahasa Mandarin dan Tamil. Sebagai langkah awal tak perlulah wajibkan smua pelajar belajar kedua2 bahasa ini, tetapi menggalakkan ibu bapa menggalakkan anak2 mereka belajar bahasa ini. Tak perlu rasanya masukkan kedua2 bahasa ini ke dalam mana2 subjek, sekadar membuat dua subjek baru dalam peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengajar kedua2 subjek ini. Contohnya, subjek bahasa Mansarin dan subjek bahasa Tamil. Selain itu, tak perlu masukkan kedua2 sbjek ini sebagai subjek teras seperti Bahasa Melayu, subjek ini sekadar diajar sepertimana subjek pendidikan jasmani di ajar.

INGATLAH!!ZAMAN KEGEMILANGAN ABBASIYAH MEREKA TIDAK BELAJAR SUBJEK2 TERTENTU DALAM BAHASA ASING, SEBALIKNYA MENTERJEMAHKAN BAHASA TERSEBUT KEDALAM BAHASA ARAB SEHINGGA BAGHDAD DIKENALI SEBAGAI GEDUNG ILMU!!Sekian....