Wednesday, September 5, 2012


A Tale Of Two Sister

Aku dengar pasal cerita nih dalam satu rancangan variety show dekat korea, waktu tu pengacara dia masing2 menceritakan tentang movie seram yan dorang tengok, bila dorang kata cerita nih seram aku terus download dari internet..

Cerita dia sangat ringkas mengisahkan tentang dua orang adik beradik, Su Mi dan Su Yeon yg kematian ibu datang ke rumah ibu tirinya. Mereka sememangnya tidak rapat dengan ibu tiri mereka dan sering bergaduh. Permulaan cerita menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada penonton antaranya, kenapa mereka sangat membenci ibu tiri mereka terutamanya Su Mi, apa sejarah yang pernah terjadi kepada sebuah almari di dalam rumah tersebut sehingga menyebabkan bapanya tidak mahu mengungkit kisah tentang almari tersebut, kenapa sewaktu pakcik mereka datang ke rumah tersebut, mereka semua berasa janggal dan hanya ibu tiri mereka sahaja yang asyik bercerita…semua persoalan ini menjadikan jalan ceritanya yang ringkas menjadi menarik walaupun pening sedikit..rasanya cerita ini tidak sesuai dilabelkan sebagai genre seram, tetapi lebih kepada misteri..walaubagaimanapun aku stil suka cerita nih sebab tidak cliché dan sedikit menyentuh hati di akhir cerita..percayalah cerita nih tak cliché dan penonton tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya berlaku di rumah tersebut sehinggalah tiba di klimaks cerita yang bermula apabila bangkai burung dijumpai di atas katil Su Yeon…

Overall aku bagi tiga bintang untuk cerita ini. Bagi yang suka cerita misteri macam aku memang sesuai sangat tengok cerita nih..SELAMAT MENONTON!!