p/s: berlagak gila golkeeper indonesia, siap nak keluar dari kotak penalti nak amik freekick...em...mungkin dia yakin yang dia takkan bolos, gawang indonesia kan baru dibolos 2 gol sebelum ni...TAHNIAH KEPADA MALAYSIA!!KEEP IT UP!!
Membaca umpama mengembara, sejauh mana kita mengembara atau membaca, sebanyak itulah pengetahuan yang kita perolehi. Jangan berputus asa, orang yang berputus asa tidak tahu berharap dan tidak boleh diharap, masakan kita boleh berharap pada orang yang tak pernah beri harapan pada diri sendiri??
Sunday, December 26, 2010
PIALA AFF SUZUKI 2010, FINAL 1ST LEG, MALAYSIA VS INDONESIA
Pada perlawanan pertama semalam antara Malaysia dan Indonesia, Malaysia telah menang 3-0 menewaskan Indonesia. Lebih 80000 ribu penyokong Malaysia telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Gol pertama dijaringkan pada minit ke-60 merupakan hasil jaringan Safee Sali melalui hantaran pemain no 9 iaitu NorShahrul Idlan Talaha. NorShahrul telah berjaya melepasi dua orang pemain pertahanan Indonesia sebelum meleretkan bola ke arah Safee Sali. Semangat pemain Malaysia bertambah selepas jaringan gol pertama dan beberapa percubaan berjaya dihasilkan lalu membawa kepada terhasinya jaringan gol yang kedua. Gol kedua juga merupakan hasil daripada kecekapan NorShahrul mengawal bola dari kiri gawang gol Indonesia sebelum menghantar bola ke tengah dan berjaya disempurnakan oleh pemain no 26 iaitu Ashari yang baru masuk bagi menggantikan AmirulHadi Zainal. Tidak cukup dengan dua gol yang telah dihasilkan, Malaysia menambah tekanan kepada pemain Indonesia dengan hantaran jauh Mahali Jasuli lalu ditanduk tepat oleh Safee Sali menerjah gawang gol indonesia bagi menghasilkan gol yang ke-3. Sampai tamat wisel permainan tiada sebarang tambahan gol dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan Malaysia menang 3-0 pada perlawanan pertama ini. Second leg akan diadakan di Stadium Bung Karno di Indonesia.
Sunday, December 19, 2010
Surat kasih dan sayang untuk FAM........
Semalam tanggal 18 Disember merupakan satu sejarah baru yg telah dicipta oleh pasukan kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya melangkah ke final piala AFF Suzuki setelah 14 tahun kempunan. Kecemerlangan penjaga gol gawang Malaysia telah berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya daripada skuad bola sepak Vietnam. Tahniah diucapkan kepada penjaga gol, Khairul Fahmi.
Tahun in sahaja beberapa kejayaan telah dicipta oleh pasukan kebangsaan Malaysia yang dipimpin oleh K Rajagobal. Antaranya berjaya menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan serta berjaya masuk ke pusingan ke-2 pada Piala Asia 2010 di Guangzhou. Hal ini telah membangkitkan sokongan peminat bola sepak tempatan serta berjaya membawa pasukan kebangsaan Malaysia ke final Piala AFF Suzuki 2010.
Kejayaan pasukan kebangsaan Malaysia baru-baru ini pada pendapat saya bukan sahaja disebabkan sentuhan ‘emas’ K. Rajagobal, tetapi juga kerana tindakan FAM yang berani membekukan penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia. Ramai peminat bola sepak tempatan telah mengkritik FAM kerana membekukan penggunaan pemain import, tetapi sekiranya difikirkan kembali adakah penggunaan pemain import boleh mengubah tahap permainan liga tempatan?Saya mahu bertanya kepada mana-mana pihak yang menyokong penggunaan pemain import, apakah bukti yang mengatakan penggunaan pemain import dalam liga tempatan bakal meningkatkan prestasi pemain tempatan? Kalau difikir kembali, sekiranya pemain import digunakan dalam liga tempatan, adakah akan lahir penyerang-penyerang tempatan seperti Khyril Muhymeen, Safee Sali dan Amri Yahya? Sudah pasti sentuhan Bambang Pamungkas, Marlon james dan sebagainya yang akan digunakan. Saya rasa bakat mereka akan terus terkubur sekiranya sentuhan pemain import ditagih kerana mereka pasti akan kurang diberi peluang untuk bermain berbanding khidmat pemain import.
Alas an untuk meningkatkan persaingan antara pemain bola sepak tempatan dengan pemain import bagi saya adalah sesuatu yang sudah lapuk. Mengapa kita tidak biarkan sahaja pemain tempatan ini bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan prestasi mereka? Contohnya seperti kereta. Selagi mana kita menggunakan enjin kereta negara luar, selagi itulah kita akan kempunan menggunakan enjin kereta keluaran tempatan. Hal ini kerana kita telah selesa dengan enjin yang sedia ada justeru memerlukan masa yang agak lama untuk kita sedar sudah tiba masanya kita menghasilkan enjin kereta sendiri. Sebaliknya, jika kita berjaya menghasilkan enjin kereta sendiri, hal ini sudah pasti menjadi pengorak langkah kepada syarikat-syarikat tempatan yang lain untuk turut sama menghasilkan enjin buatan tempatan. Begitulah juga bola sepak di Malaysia, pasukan bola sepak keretanya dan pemain adalah enjinnya. Kejayaan melahirkan jaguh bola sepak tempatan oleh sesebuah pasukan pasti akan membawa kepada lahirnya lebih ramai jaguh-jaguh bola sepak tempatan yang lain kerana pasukan yang lain sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam melahirkan pemain kelahiran negeri sendiri.
Penggunaan pemain import pada pendapat saya merupakan helah pihak tertentu bagi meningkatkan prestasi pasukan bola sepak tempatan dengan cara yang singkat. Mereka tidak mahu mencontohi pasukan bola sepak yang lain yang telah berjaya melahirkan jaguh negeri sendiri tetapi mereka lebih rela menghabiskan duit menagih sentuhan pemain import. Saya akui bahawa mungkin penggunaan pemain import boleh meningkatkan skill pemain tempatan, tetapi sekiranya pemain import lebih banyak diberi peluang untuk bermain dan pemain tempatan sekadar memanaskan bangku simpanan, adakah skill pemain tersebut akan meningkat? Sekiranya semua pasukan bola sepak tempatan menggunakan pemain import sebagai penyerang utama, bila masa penyerang tempatan hendak bermain? Adakah perkara ini akan meningkatkan skill mereka?
Banyak lagi kesan-kesan buruk penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Antaranya akan menyebabkan hutang pasukan tempatan bertambah, semangat patriotik tiada dalam diri masyarakat kita serta kurangnya pilihan jurulatih kebangsaan Malaysia untuk memilih pemain bagi mewakili negara. Justeru saya menyeru FAM agar menimbang semula penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Lihat sahaja apa terjadi kepada England akibat penggunaan terlalu ramai pemain import dalam liga mereka. Jangan kerana kepentingan sesetengah pihak yang mahu mengambil jalan singkat seluruh pemain tempatan menerima akibat. Eloklah sekiranya duit yang mahu digunakan untuk khidmat pemain luar digunakan sebagai modal pembangunan bola sepak dari akar umbi.
Tulus ikhlas,
TheChosen.
Saturday, November 27, 2010
TELOK KEMANG
"AKU ADA BERBUAL DGN SORANG BROTHER UMNO MASA EXPO 1 MALAYSIA 1 PORTDIKSON KAT DATARAN TELOK KEMANG HARI TU..
BILA AKU TANYA ABG PERCAYA DGN AL-QURAN..?? DIA JAWAB YERR.. SEPENUH HATI..
ABG YAKIN DGN KERASULAH NABI MUHAMAD.. JAWABNYERR YERR..
ABG YAKIN DGN HADITH RASULULLAH.. JUGA JAWAPANNYA YERR..
ABG MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU..?? YERR..
ABG BERPAUSA DI BULAN RAMADHAN..?? YERR JUGA JAWAPANNYA
DAH MENUNAIKAN HAJI..??
JAWAPANNYERR AL-HAMDULILLAH..SUDAH 2 KALI..
BUAT PUASA SUNAT..?? DIA JAWAB SELALU..
BENARKAN ABG BETUL2 YAKIN SERTA BERIMAN DGN AL-QURAN..
DIA MULA NAK MARAH..
DIA MULA MENINGGIKAN SUARA.. " KO INGAT AKU NI KAPIR KERR.."
AKU TANYA LAGI " KALAU ADA ORG2 KAFIR MEMPERSENDA2KAN AYAT2 AL-QURAN DAN HADITH RASULULLAH MCM MANA..?? "
DIA KATA AKU AKAN BUNUH KAFFIR TU..!!
DIA JAWAB DGN BERSEMANGAT "AKU SANGGUP MATI KERANA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AL-QURAN SERTA AGAMA ALLAH "
WAH HEBAT DAN BERSEMANGAT BENAR ABG NI.. JAWAB AKU..
AKU KATA LAGI " SEGALA2NYA TELAH MENCUKUPI UTK ABANG DIPANGGIL SEORANG ISLAM YG SEJATI "
DIA TERSENYUM BANGGA, DAN TERUS MENJAWAB " TU LAH ENGKAU LAIN KALI JANGAN NAK MEMPERMAIN2KAN KEIMANAN SESEORANG ISLAM TU PERNGAI KAU NI MACAM PUAK2 PAS PULAK AKU TENGOK TANYA SOALAN2 MCM NI..AKU MARAH KAT KAU BUKANNYA APA SOALAN KAU SEOLAH2 CUBA NAK MENAFIKAN YG AKU NI SEORANG ISLAM.."
LEPAS TU AKU CAKAP DGN DIA " MINTA MAAF BANG SAYA NAK TANYA SATU SOALAN JER LAGI BOLEH..? "
DIA JAWAB " TANYALAH AKU TAK KESAH DAN TAK AKAN MARAH LAGI ASALKAN JGN KO PERSOALKAN KEIMANAN AKU TERHADAP AGAMA ISLAM YG PALING AKU CINTAI INI.. ISLAM NI DAH JADI DARAH DAGING AKU KO TAHU TAK..DEMI ALLAH AKU SANGGUP CERAIKAN ISTERI AKU KALAU ISTERI AKU MENGINA ISLAM " JAWAB DIA SAMBIL TERSENGEH2
SO AKU PUN TANYA DIA KAT DIA
" KALAU BEGINILAH KEKUATAN SERTA KEYAKINAN ABG KAT ISLAM APA KATA KALAU KITA LAKSANAKAN HUKUM HUDUD "
TERKEJUT DIA TERUS MERAH PADAM MUKA DIA " KO NI NAK BAGI SEMUA BANGSA MELAYU MATI KERR..??. CUBA KO PIKIR BAIK2 KALAU LAKSANAKAN HUDUD SEMUA ORG ISLAM AKAN KENA POTONG TANGAN, KENA SEBAT DAN KENA REJAM. LAGI PUN MCM MANA NAK ATASI KES ORG ISLAM DGN BUKAN ISLAM KALAU NAK LAKSANAKAN HUDUD..?? APA PUNYA BANGGANG KO NI.. KO DENGAR SINI BAIK2 AKU BAGI CONTOH KALAU LELAKI HINDU BERZINA DGN PEREMPUAN ISLAM... KITA BAWAK PERGI MAKAMAH SYARIAH YG LAKSANAKAN HUDUD.. MAKA LELAKI HINDU TU TERLEPAS MACAM TU JERR TAPI PEREMPUAN MELAYU TU YG KENA HUKUM HUDUD.. MANA ADIL MACAM TU..BUKANKAH ISLAM ITU AGAMA KEADILAN "
AKU JAWAB " MMG BENAR LELAKI HINDU ITU BEBAS TETAPI PEREMPUAN ISLAM TU KENA HUDUD, JADI APA MASALAHNYERR.. KALAU BERLAKU JE KES MACAM TU ( PEREMPUAN ISLAM KENA HUKUM HUDUD SBB BERZINA ) SUDAH TENTU SEMUA WANITA ISLAM TAK AKAN BERANI BERZINA DGN DGN MANA2 LELAKI SEKALI PUN, BUKANKAH IANYA AKAN MENYELAMATKAN WANITA ISLAM DARI PADA DIANGKUT OLEH BUKAN MUKHRIM KE SANA KE MARI..??"
DIA MULA TERDIAM.. DAN AKU TERUS PANCUNG LAGI..
" ABG KATA ABG YAKIN DGN AL-QURAN DAN HADITH NABI SAYA YAKIN SEMUA KATA2 ABG SBB ABG SANGGUP MATI KERANA AGAMA ISLAM.." SAYA PEGANG APA YG ABG CAKAP TADI..
" TAPI KENAPA BILA SAYA TANYA TENTANG HUDUD ABG MENETANG..?? SEBENARNYA BAGI SAYA INILAH MASALAH ORG2 MELAYU DALAM UMNO MEREKA SEMUANYERR BERIMAN DGN AL-QURAN TETAPI MASIH TIDAK PERCAYA DGN KEADILAN ISLAM.. ESOK ABG PI JUMPA MANA2 ALIM ULAMAK UMNO CUBA TANYA KAT DIORANG APAKAH HUKUMNYA SESEORANG MUSLIM ITU YAKIN 100% DGN AGAMA ISLAM DAN AL-QURAN TETAPI TAK YAKIN PULAK DGN KEADILAN ISLAM.. BAGAI MANA AKIDAH SEORANG MUSLIM YANG TAK YAKIN DGN KEADILAN AGAMA ALLAH INI..APAKAH MEREKA SEMUA ITU MASIH DIKIRA SEBAGAI SEORANG ISLAM ATAU TERLAH TERBATAL SYAHADAH MEREKA DAN MENJADI MURTAD "
TERUS ABG TU KATA KAT AKU " PANAS BETUL PORTDIKSON NI YERR.. OK LAH ABG NAK PERGI BELI AIR BATU DULU NAK MINUM PERIT SANGAT RASA TEKAK NI BERDIRI TENGAH2 PANAS MACAM NI "
INILAH SECEBIS KESAH BENAR AKU DI TELOK KEMANG PADA 1-2 MEI 2010 HARI TU.."
Source: http://milosuam.blogspot.com/

p/s: Kisah ini diambil dari sebuah blog tanah air untuk aku kongsikan dengan semua. Harap2 kowg dpt manfaat melalui cerita nih:)
Thursday, November 25, 2010
Menutup Aurat
Aku tengah berkempen dengan diri aku sendiri dan orang2 di sekitar untuk menutup aurat.
Tiba2 aku mendapat kesedaran tentang perlunya aku mengajak orang lain menutup aurat (perempuan khususnya). Susah sangat kew nk tutup aurat??Persoalan tu patut di tanya pada orang2 yg begitu berat hati and mayb masih belum terbuka pintu hati mereka untuk menutup aurat. Bagi aku,sebagai seorang lelaki x lah susah sgt nk jga aurat. Apa yang pnting keluar rumah pkai sluar pnjg and pkai bju. X susah pn. Bukan seperti orang perempuan, mereka hanya boleh mendedahkan muka dan kedua tapak tangan. So, its a little hard for them to keep their aurat. Here, i would like to give them a little spirit for them to keep their aurat.
Dalam Al-quran sendiri telah menyebut....
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.(Al-Ahzab, ayat 59)
Cuba baca baik2 ayt yg telah di highlightkn tu. ".....kerana itu mereka tidak diganggu". ok, sekarang amik masa,
satu...
dua...
tiga.....
Dpt fikir ape2 x????
Al quran telah menyarankan kaum wanita agar mereka menutup aurat. Kenapa???jawapannya adalah supaya mereka tidak diganggu. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bahawa manusia itu(lelaki khususnya) mudah tertarik dengan bahagian2 aurat wanita,oleh itu, Dia pn menyarankan agar wanita menutup aurat. Agar mereka TIDAK DIGANGGU. Supaya mat2 rempit, kaki2 pig,kutu rayau,kutu jalanan dan semua manusia yang bernama manusia tidak mengganggu mereka.
So, kenapa xnk tutup aurat???Sebab nanti x hot macam paris hilton??macam britney spears??Oh..i forgot,nowadays they are more likely to become like a Korean. Dasar pndg ke Timur la dikatakan. Ada sowg kwn aku yg da jd freehair, time skolah dulu alim nk mmpus,skarang rmbut macam pelakon Korea, depan pndek tutup dahi,blakang pnjg. Dia ingat kalau freehair tayang rmbut cam Korea tu dye boleh jd Korea lah????Piirahh!!!Kalau dah darah daging ko Melayu, dalam ic ko still Melayu, makan nasi,basuh najis guna air, ko xkn bley jd korean nye....CEH!!Paling aku bengang cara pkaian pn da nk jd cam owg kafir. Buka sana,buka sini, yg lelaki pulak ape lagi, bile dye lalu mta duk mengusha,dari atas smpi bawah..........Korg suke kew macam tu??lepas tu bile laki tu ggu ckit ko da nk mrh2,salah siapa skarang nih??haih...yg pelik ade gak jenis pompuan yg melayan,senyum2 gatal...dunia...dunia...kalau kena raba,kena rogol,senyum larh ko sowang2 kat Hospital Rambutan...eh..lupe, skarang da ade Sekolah Harapan kn??sekolah untuk budak2 mengandung tu...ha...kalau da kena rogol bersedia je larh nk dftr kat situ,tu kalau mengandung,kalau x mengandung, alhamdullillah.....xde larh lahir ank luar nikah....
Aku xnk berleter panjang, di sini aku sertakan sekali hadis berkenaan menutup aurat.....
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dapat smething x dari ayat tu???
Kesimpulannya, kalau kowg da x tutup aurat, bukan setakat x msuk syurga, cium bau syurga pn x dpt....em...so, fikir2kan sebelum terlmbt....salam....
Kesimpulannya, kalau kowg da x tutup aurat, bukan setakat x msuk syurga, cium bau syurga pn x dpt....em...so, fikir2kan sebelum terlmbt....salam....
p/s: more info about aurat http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/06/aurat-wanita-di-hadapan-lelaki-berusia.html
Subscribe to:
Comments (Atom)