Sunday, December 26, 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010, FINAL 1ST LEG, MALAYSIA VS INDONESIA

 Pada perlawanan pertama semalam antara Malaysia dan Indonesia, Malaysia telah menang 3-0 menewaskan Indonesia. Lebih 80000 ribu penyokong Malaysia telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Gol pertama dijaringkan pada minit ke-60 merupakan hasil jaringan Safee Sali melalui hantaran pemain no 9 iaitu NorShahrul Idlan Talaha. NorShahrul telah berjaya melepasi dua orang pemain pertahanan Indonesia sebelum meleretkan bola ke arah Safee Sali. Semangat pemain Malaysia bertambah selepas jaringan gol pertama dan beberapa percubaan berjaya dihasilkan lalu membawa kepada terhasinya jaringan gol yang kedua. Gol kedua juga merupakan hasil daripada kecekapan NorShahrul mengawal bola dari kiri gawang gol Indonesia sebelum menghantar bola ke tengah dan berjaya disempurnakan oleh pemain no 26 iaitu Ashari yang baru masuk bagi menggantikan AmirulHadi Zainal. Tidak cukup dengan dua gol yang telah dihasilkan, Malaysia menambah tekanan kepada pemain Indonesia dengan hantaran jauh Mahali Jasuli lalu ditanduk tepat oleh Safee Sali menerjah gawang gol indonesia bagi menghasilkan gol yang ke-3. Sampai tamat wisel permainan tiada sebarang tambahan gol dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan Malaysia menang 3-0 pada perlawanan pertama ini. Second leg akan diadakan di Stadium Bung Karno di Indonesia.

p/s: berlagak gila golkeeper indonesia, siap nak keluar dari kotak penalti nak amik freekick...em...mungkin dia yakin yang dia takkan bolos, gawang indonesia kan baru dibolos 2 gol sebelum ni...TAHNIAH KEPADA MALAYSIA!!KEEP IT UP!!

No comments:

Post a Comment