Sunday, December 26, 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010, FINAL 1ST LEG, MALAYSIA VS INDONESIA

 Pada perlawanan pertama semalam antara Malaysia dan Indonesia, Malaysia telah menang 3-0 menewaskan Indonesia. Lebih 80000 ribu penyokong Malaysia telah hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Gol pertama dijaringkan pada minit ke-60 merupakan hasil jaringan Safee Sali melalui hantaran pemain no 9 iaitu NorShahrul Idlan Talaha. NorShahrul telah berjaya melepasi dua orang pemain pertahanan Indonesia sebelum meleretkan bola ke arah Safee Sali. Semangat pemain Malaysia bertambah selepas jaringan gol pertama dan beberapa percubaan berjaya dihasilkan lalu membawa kepada terhasinya jaringan gol yang kedua. Gol kedua juga merupakan hasil daripada kecekapan NorShahrul mengawal bola dari kiri gawang gol Indonesia sebelum menghantar bola ke tengah dan berjaya disempurnakan oleh pemain no 26 iaitu Ashari yang baru masuk bagi menggantikan AmirulHadi Zainal. Tidak cukup dengan dua gol yang telah dihasilkan, Malaysia menambah tekanan kepada pemain Indonesia dengan hantaran jauh Mahali Jasuli lalu ditanduk tepat oleh Safee Sali menerjah gawang gol indonesia bagi menghasilkan gol yang ke-3. Sampai tamat wisel permainan tiada sebarang tambahan gol dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan Malaysia menang 3-0 pada perlawanan pertama ini. Second leg akan diadakan di Stadium Bung Karno di Indonesia.

p/s: berlagak gila golkeeper indonesia, siap nak keluar dari kotak penalti nak amik freekick...em...mungkin dia yakin yang dia takkan bolos, gawang indonesia kan baru dibolos 2 gol sebelum ni...TAHNIAH KEPADA MALAYSIA!!KEEP IT UP!!

Sunday, December 19, 2010

Surat kasih dan sayang untuk FAM........


Semalam tanggal 18 Disember merupakan satu sejarah baru yg telah dicipta oleh pasukan kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya  melangkah ke final piala AFF Suzuki setelah 14 tahun kempunan. Kecemerlangan penjaga gol gawang Malaysia telah berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya daripada skuad bola sepak Vietnam. Tahniah diucapkan kepada penjaga gol, Khairul Fahmi.
               Tahun in sahaja beberapa kejayaan telah dicipta oleh pasukan kebangsaan Malaysia yang dipimpin oleh K Rajagobal. Antaranya berjaya menewaskan Korea Selatan 1-0  dalam satu perlawanan persahabatan serta  berjaya masuk ke pusingan ke-2 pada Piala Asia 2010 di Guangzhou. Hal ini telah membangkitkan sokongan peminat bola sepak tempatan serta berjaya membawa pasukan kebangsaan Malaysia ke final Piala AFF Suzuki 2010.
                Kejayaan pasukan kebangsaan Malaysia baru-baru ini pada pendapat saya bukan sahaja disebabkan sentuhan ‘emas’ K. Rajagobal, tetapi juga kerana tindakan FAM yang berani membekukan penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia. Ramai peminat bola sepak tempatan telah mengkritik FAM kerana membekukan penggunaan pemain import, tetapi sekiranya difikirkan kembali adakah penggunaan pemain import boleh mengubah tahap permainan liga tempatan?Saya mahu bertanya kepada mana-mana pihak yang menyokong penggunaan pemain import, apakah bukti yang mengatakan penggunaan pemain import dalam liga tempatan bakal meningkatkan prestasi pemain tempatan? Kalau difikir kembali, sekiranya pemain import digunakan dalam liga tempatan, adakah akan lahir penyerang-penyerang tempatan seperti Khyril Muhymeen, Safee  Sali dan Amri Yahya? Sudah pasti sentuhan Bambang Pamungkas, Marlon james dan sebagainya yang akan digunakan. Saya rasa bakat mereka akan terus terkubur sekiranya sentuhan pemain import ditagih kerana mereka pasti akan kurang diberi peluang untuk bermain berbanding khidmat pemain import.
                Alas an untuk meningkatkan persaingan antara pemain bola sepak tempatan dengan pemain import bagi saya adalah sesuatu yang sudah lapuk. Mengapa kita tidak biarkan sahaja pemain tempatan ini bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan prestasi mereka? Contohnya seperti kereta. Selagi mana kita menggunakan enjin kereta negara luar, selagi itulah kita akan kempunan menggunakan enjin kereta keluaran tempatan. Hal ini kerana kita telah selesa dengan enjin yang sedia ada justeru memerlukan masa yang agak lama untuk kita sedar sudah tiba masanya kita menghasilkan enjin kereta sendiri. Sebaliknya, jika kita berjaya menghasilkan enjin kereta sendiri, hal ini sudah pasti menjadi pengorak langkah kepada syarikat-syarikat tempatan yang lain untuk turut sama menghasilkan enjin buatan tempatan. Begitulah juga bola sepak di Malaysia, pasukan bola sepak keretanya dan pemain adalah enjinnya. Kejayaan melahirkan jaguh bola sepak tempatan oleh sesebuah pasukan pasti akan membawa kepada lahirnya lebih ramai jaguh-jaguh bola sepak tempatan yang lain kerana pasukan yang lain sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam melahirkan pemain kelahiran negeri sendiri.
Penggunaan pemain import pada pendapat saya merupakan helah pihak tertentu bagi meningkatkan prestasi pasukan bola sepak tempatan dengan cara yang singkat. Mereka tidak mahu mencontohi pasukan bola sepak yang lain yang telah berjaya melahirkan jaguh negeri sendiri tetapi mereka lebih rela menghabiskan duit menagih sentuhan pemain import. Saya akui bahawa mungkin penggunaan pemain import boleh meningkatkan skill pemain tempatan, tetapi sekiranya pemain import lebih banyak diberi peluang untuk bermain dan pemain tempatan sekadar memanaskan bangku simpanan, adakah skill pemain tersebut akan meningkat? Sekiranya semua pasukan bola sepak tempatan menggunakan pemain import sebagai penyerang utama, bila masa penyerang tempatan hendak bermain? Adakah perkara ini akan meningkatkan skill mereka?
Banyak lagi kesan-kesan buruk penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Antaranya akan menyebabkan hutang pasukan tempatan bertambah, semangat patriotik tiada dalam diri masyarakat kita serta kurangnya pilihan jurulatih kebangsaan Malaysia untuk memilih pemain bagi mewakili negara. Justeru saya menyeru FAM agar menimbang semula penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Lihat sahaja apa terjadi kepada England akibat penggunaan terlalu ramai pemain import dalam liga mereka. Jangan kerana kepentingan sesetengah pihak yang mahu mengambil jalan singkat seluruh pemain tempatan menerima akibat. Eloklah sekiranya duit yang mahu digunakan untuk  khidmat pemain luar digunakan sebagai modal pembangunan bola sepak dari akar umbi.

Tulus ikhlas,
TheChosen.